Author: SeSudu.com

Penulis merupakan penasihat kepada panduan kepada makanan & kesihatan.

Resepi Daging Kambing Masak Kurma Resepi Daging Kambing Masak Kurma ini merupakan salah satu resepi yang amat diminati oleh ramai orang dan mudah untuk disediakan. Ini disebabkan penggunaan daging kambing ia menjadikan masakan kurma ini bertambah sedap kerana daging dan masak kurma ini amat enak dimakan dengan nasi panas. Tekstur daging kambing yang jika dimasak dengan cara yang betul akan menjadi lembut untuk dijamah. Kadangkala ada juga sesetengah orang yang memasak daging masak kurma dengan menggunakan daging lembu mahupun daging ayam. Masakan daging masak kurma ini juga sesuai dihidangkan samada di waktu tengah hari ataupun dibuat sebagai makan malam bersama keluarga.…

Read More

Resepi Daging Goreng Kunyit Resepi Daging Goreng Kunyit ini merupakan salah satu jenis masakan yang berasaskan daging. Masakan ini dikenali dengan nama sebegitu disebabkan ramuan yang digunakan adalah serbuk kunyit. Selain dari itu, bahan yang turut digunakan terdiri bahan-bahan yang pasti boleh dibeli di kedai-kedai biasa. Menu bagi masakan ini sedap dan juga sesuai dibuat sebagai hidangan di tengah hari mahupun dibuat sebagai menu hidangan di waktu malam. Keenakan daging lembu yang digoreng sebegini pasti membuka selera anda bersama keluarga. Masakan berasaskan daging memang amat enak dimakan. Bagi penggemar daging, boleh juga mencuba resepi daging masak merah. Hidangan yang tidak…

Read More

Resepi Kari Ayam Resepi Kari Ayam ini merupakan salah satu bagi resepi yang menggunakan ayam di dalam masakan. Menu ini amat sedap untuk dibuat lauk kerana rasa yang lemak serta kadang kala terasa pedas disebabkan rempah kari yang digunakan. Untuk membuat resepi ini tidaklah terlalu sukar. Penyediaan bahan-bahan yang perlu digunakan juga mudah untk kita perolehi. Menu bagi kari ini, boleh dibuat hidangan untuk dimakan dengan nasi ataupun dibuat sebagai kuah cicahan bersama dengan roti seperti roti. Daging ayam ini boleh dimasak dengan pelbagai jenis masakan. Salah satu masakan yang popular dan sering disukai ramai adalah resepi ayam masak merah.…

Read More

Resepi Ayam Masak Merah Resepi Ayam Masak Merah yang ditampilkan dibawah merupakan menu yang pasti dikenali serta digemari ramai. Ia kerana resepi ayam ini membuatkan ramai orang biasa memakan samada ketika digandingkan bersama nasi tomato ataupun nasi minyak sewaktu kenduri. Selain itu ada diantara rumah kenduri yang turut menyajikan ayam masak kicap. Ia kerana rasanya yang tidak pedas dan boleh dihidangkan kepada kanak-kanak. Kesedapan serta keharuman aroma masakan tersebut amat membangkit selera makan di antara kita. Penyediaan serta tips bagi resepi masak merah juga tidak terlalu sukar. Ia mampu dimasak oleh anda untuk dihidangkan bersama keluarga. Proses memasak untuk hidangan…

Read More

Resepi Ayam Black Pepper Resepi Ayam Black Pepper ini merupakan diantara resepi yang menggunakan ayam dan juga lada hitam sebagai bahan asas di dalam masakannya. Menu bagi masakan ini sedap dihidangkan tatkala makan tengah hari mahupun makan malam bersama dengan nasi. Keenakannya serta kepedasan lada tersebut pasti membangkit selera anda. Penyediaan bagi resepi ini juga tidak terlalu sukar. Ia pasti mampu dimasak di dapur rumah anda. Dengan resepi ini diharap dapat memberi anda idea menu untuk dimasak dan dimakan bersama keluarga. Untuk resepi yang berasaskan blackpepper atau lada hitam ini, anda boleh juga memasak ia dengan menggunakan daging. Proses untuk…

Read More

Resepi Kuih Butir Nangka Resepi Kuih Butir Nangka ini merupakan sejenis hidangan bagi pencuci mulut. Hidangan ini merupakan resepi yang berasal dari wilayah pantai timur. Keenakan bagi resepi ini adalah kerana ia mempunyai rasa yang berlemak dan juga manis. Untuk membuat resepi ini hanya mempunyai 2 penyediaan iaitu pertama adalah untuk membuat biji butir nangka dengan menggunakan tepung beras pulut, manakala kedua adalah penyediaan untuk kuah. Menu ini sesuai dihidangkan di waktu petang untuk dimakan bersama keluarga. Untuk resepi yang berasaskan kuah ini, boleh juga dicuba akan resepi kuih serawa labu manis. Hidangan bagi resepi ini juga enak dimakan dan…

Read More

Resepi Kuih Serawa Labu Manis Resepi Kuih Serawa Labu Manis yang akan dimasak ini adalah merupakan sejenis pencuci mulut yang pasti membuatkan sesiapa yang terhidunya akan terasa keinginan untuk nak menjamahnya. Resepi pengat labu ini menggunakan labu sebagai bahan utama serta bahan-bahan sampingan seperti santan dan lain-lai. Dengan kemanisan buah labu ini, ia menjadikan serawa ini enak dan sedap dimakan. Menu ini juga sesuai dihidangkan ketika minum petang. Kadangkala ada yang gemar memakan makanan ini secara kosong dan ada yang makan bersama kepingan roti. Dengan langkah penyediaan yang tidak terlalu sukar, ia pasti boleh dihasilkan di dapur rumah anda. Resepi…

Read More

Resepi Kuih Serawa Pisang Resepi Kuih Serawa Pisang yang ditampilkan di bawah atau dikenali dengan nama resepi pengat pisang ini merupakan resepi yang berasaskan jenih berkuah. Bahan asas nak buat serawa atau pengat pisang ini adalah dengan menggunakan 4 biji pisang. Tempoh masa untuk membuat resepi ini pula tidaklah lama, ia sekitar 10 minit penyediaan manakala 10 minit untuk memasak. Menu bagi masakan ini dimakan sebagai pencuci mulut. Dengan satu sudu besar sahaja pasti terasa kenikmatan makanan dibawah. Keenakan serta kemanisan bagi bagi menu ini menjadi pelengkap kepada juadah di waktu petang. Dengan langkah-langkah yang tidak terlalu sukar untuk dilakukan,…

Read More

Resepi Cempedak Goreng Resepi Cempedak Goreng rangup ini paling ramai yang menyukainya. Hanya dengan menghidu akan aromanya yang wangi tatkala digoreng, ia membuatkan ramai orang akan mengidamkannya. Dengan rasanya yang manis, ditambah pula digoreng garing ia mudah untuk membuatkan keluarga anda menjamah dengan berselera akan makanan ini. Proses penyediaan resepi cempedak goreng rangup tahan lama ini juga amat mudah. Hanya perlu sediakan bahan bancuhan tepung untuk disatukan dengan isi buah cempedak itu. Menu cempedak goreng rangup ini sesuai dihidangkan di waktu petang dan sedap dimakan. Digandingkan bersama dengan air secawan bersama gorengan cempedak ini, ia pasti menjadi pelengkap menu minum…

Read More

Resepi Ubi Keledek Goreng Resepi Ubi Keledek Goreng merupakan menu yang sering kita lihat dijual di gerai-gerai di tepi jalan. Ia sehinggakan menjadi satu bentuk perniagaan digemari disebabkan resipi makanan tersebut mudah untuk dijual. Juadah ubi keledek goreng rangup ini sedap di makan kerana rasanya yang manis dan rangup bila menggigitnya. Proses penyediaannya pula tidaklah serumit yang dijangkakan. Ia disebabkan, untuk membuat menu goreng hanya bergantung kepada bancuhan tepung yang dibuat serta potong dengan ukuran yang sesuai. Jika bancuhan yang dibuat di dalam sukatan yang sempurna tanpa ada sebarang bahan lebih dari sukatan asal, hasil kerak yang akan anda dapat…

Read More