Resepi Air Bandung Strawberi Dan Laici : Mudah Dan Menyegarkan

Resepi Air Bandung Strawberi Dan Laici

Resepi Air Bandung Strawberi Dan Laici minuman ini adalah minuman yang amat sedap dan mudah untuk di buat. Dengan kenikmatan air bandung yang pasti sudah diketahui ramai dan dicampur pula dengan potongan buah strawberi bersama dengan buah laici sekaligus membuatkan ia menjadi bertambah sedap.

Proses untuk cara buat air ini mudah dan hanya memerlukan tempoh masa yang sekejap sahaja. Potongan yang diperlukan untuk strawberi juga adalah potongan ringkas dan mampu dilakukan. Dengan penyediaan minuman sebegini, ia pasti memberi rasa yang baharu kepada anda. Dan ada juga sesetengah orang yang menyediakan air ini sewaktu berbuka puasa.

Resepi Air Bandung Strawberi & Laici

0 from 0 votes
Recipe by SeSudu Gula Course: MinumanCuisine: MalaysiaDifficulty: Mudah
Hidangan

1

gelas
Masa Penyediaan

5

minutes
Kalori

192

kcal

Resepi Air Bandung Strawberi Dan Laici mudah & sedap. Sememangnya minuman ini tidak tidak terlalu complicated untuk dimasak & dihidangkan bersama Keluarga.

BAHAN-BAHAN

  • Gula 2 sudu makan (Untuk membuat larutan air gula)

  • Sirap 2 sudu makan

  • Susu cair 5 sudu makan

  • Strawberi 1 biji (Dibelah 4)

  • Laici 5 biji (Boleh juga digunakan laici yang dijual di dalam tin)

  • Air Kosong (Sukatan yang bersesuaian)

  • Ais Batu (Sukatan yang bersesuaian)

cara penyediaan

  • Langkah pertama yang perlu dilakukan adalah perlu melarutkan gula di dalam air dahulu untuk pembuatan air gula.
  • Kemudian masukkan susu cair dan juga sirap dan kacaukan kedua-dua bahan itu sehingga sebati
  • Jika bahan tersebut telah sebati, masukkan potongan strawberi dan juga laici
  • Di akhirnya, masukkan air dan juga masukkan ais dengan sukatan yang bersesuaian
  • Siap untuk dihidangkan.

Notes

  • Untuk laici, boleh digunakan jenis laici yang dijual di dalam tin.

Langgan Buletin

Masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan buletin kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *