Resepi Goreng Pisang Rangup : Rangup Krup Krup

Resepi Goreng Pisang

Resepi Goreng Pisang ini merupakan suatu menu yang menggunakan pisang sebagai bahan utama. Penyediaan untuk buat resepi pisang ini sangat mudah dan ringkas  untuk dilakukan. Ia hanya menggunakan bancuhan dari 3 jenis tepung untuk menjadikan sebagai adunan untuk goreng pisang rangup dan sedap.

Menu pisang goreng ini juga sesuai dihidangkan samada dibuat sebagai makanan sampingan di waktu pagi, tengah hari mahupun di waktu petang. Keenakan menjamah pisang goreng dengan adunan tepung yang rangup tak disangkal lagi, ia sekaligus membuatkan sesiapa yang menjamahnnya pasti menyukainya.

Untuk menu ini, ia juga sering dibuat bersama gorengan ubi keledek goreng rangup. Bagi sesiapa yang ingin mengetahui resepi ubi keledek goreng sedap dan pasti boleh dilakukan oleh anda, boleh di rujuk di resepi kami. Selain sedap dan mudah, gandingan kedua-dua bahan ini, amat sesuai dibuat santapan bersama keluarga.

Resepi Goreng Pisang

0 from 0 votes
Recipe by SeSudu Gula Course: BuahCuisine: MalaysiaDifficulty: Sederhana
Hidangan

5

orang
Masa Penyediaan

10

minutes
Masa Masak

10

minutes
Kalori

129

kcal

Resepi Goreng Pisang mudah & sedap. Sememangnya masakan ini tidak terlalu complicated untuk dimasak & dihidangkan bersama Keluarga.

BAHAN-BAHAN

  • Pisang (dihiris 3)

  • 2 cawan Tepung Beras

  • Tepung Jagung 1 cawan

  • Tepung Gandum ½ cawan

  • Telur 1 biji (Gred C)

  • Serbuk Kunyit ½ sudu teh

  • Air Kapur 4 sudu besar

  • Garam ½ sudu kecil

  • Mentega 1 sudu besar

  • Air 2 cawan

cara penyediaan

  • Langkah pertama adalah sediakan pisang yang hendak digoreng. Hiriskan pisang itu dalam potongan yang memanjang. Sebaiknya dihiris 3 secara memanjang.
  • Masukkan bahan-bahan seperti tepung beras, tepung jagung, tepung gandum, telur, serbuk kunyit, air kapur, mentega dan juga garam ke dalam mangkuk. Gaulkan ia sehingga ia sekata.
  • Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit ke dalam mangkuk dan gaul sehingga mendapat bancuhan yang sesuai. Sebaiknya bancuhan tidak terlalu likat dan tidak terlalu cair.
  • Selepas itu masukkan hirisan pisang ke dalam bancuhan
  • Panaskan minyak, goreng pisang tersebut. Pastikan minyak dalam keadaan panas baru masukkan pisang.
  • Goreng sehingga ia garing dan angkat.
  • Siap untuk dihidang. Mudah dan sedap untuk dimakan.

Notes

  • Potongan pisang yang sesuai adalah mengikut saiz pisang digunakan. Sebaiknya jangan terlalu nipis kerana ia akan membuatkan goreng pisang itu menjadi keras.

Langgan Buletin

Masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan buletin kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *