Resepi Nasi Goreng Tomyam : Seperti Kedai Tomyam

Resepi Nasi Goreng Tomyam

Resepi Nasi Goreng Tomyam yang sedap ini sesuai dibuat sebagai juadah makanan. Ia juga sesuai dihidangkan samada sewaktu sarapan pagi, juadah tengah hari ataupun sebagai menu di waktu malam. Resepi yang didatangkan dengan perasa tomyam ini sudah pasti membangkit selera anda.

Penyediaan serta cara-cara bagi resepi ini juga tidaklah sesukar mana dan mampu untuk dijamu kepada 5 orang makan. Anda mampu merealisasikan di dapur rumah. Item utama yang diperlukan bagi resepi ini ialah pes perasa tomyam. Bahan inilah yang menjadikan aroma nasi goreng ini menjadi sedap. Dan secara tak langsung anda telah memasak satu hidangan yang berasakan menu ala thai.

Walaupun di dalam gorengan ini telah tersedia udang, telur dan sotong, anda boleh juga memasak lauk berasingan seperti daging masak merah untuk dibuat sebagai lauk. Proses memasak daging ini pula tidak sesukar mana, malah keluarga anda pasti turut menyukainya.

Resepi Nasi Goreng Tomyam

5 from 1 vote
Recipe by SeSudu Gula Course: NasiCuisine: MalaysiaDifficulty: Sederhana
Hidangan

5

orang
Masa Penyediaan

10

minutes
Masa Masak

15

minutes
Kalori

289

kcal

Resepi Nasi Goreng Tomyam mudah & sedap. Sememangnya masakan ini tidak terlalu complicated untuk dimasak & dihidangkan bersama keluarga.

BAHAN-BAHAN

  • Minyak masak secukupnya

  • Pes Tomyam 2 sudu besar

  • Lobak Merah ½

  • 1 batang Serai

  • Kek Ikan 2 keping

  • Udang 6 ekor

  • Telur 1 biji

  • 3 ekor Sotong

  • 5 cawan Nasi

  • Sos Ikan Thai 2 sudu besar

  • Lada Sulah (sedikit)

  • Daun Limau Purut 3 helai

  • Kicap Manis 1 sudu besar

  • Kicap Cair 2 sudu besar

  • Timun

  • Sawi

  • Keropok Ikan (siap digoreng)


  • BAHAN UNTUK DITUMBUK (KASAR)
  • 3 biji Bawang merah

  • 3 ulas Bawang putih

  • 6 biji cili padi

cara penyediaan

  • Langkah pertama adalah hiriskan bawang merah, cili padi dan bawang putih.
  • Kemudian masukkan bahan yang dihiris itu ke dalam lesung. Tumbuk bahan-bahan tersebut sehingga ia menjadi halus
  • Ambil sawi dan potongkan batangnya. Manakala daun sawi itu dipotong dengan saiz yang bersesuaian
  • Untuk karot pula, potongkan ia dalam potongan dadu.
  • Kemudian hiris dengan potongan nipis kek ikan, serai dan juga timun
  • Selepas itu panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tumbuk tadi dengan sedikit minyak. Tumiskan sehingga ia naik bau dan menjadi sedikit kekuningan.
  • Ambil karot, batang sawi, pes tomyam dan kek ikan. Masukkan bahan ini ke dalam kuali berserta sedikit air dan gaul seketika.
  • Selepas bahan tersebut sebati, masukkan pula hirisan serai ke dalam kuali.
  • Kemudian masukkan udang dan sotong serta telur ke dalam kuali dan gaul bahan-bahan berikut.
  • Masukkan nasi yang telah siap dimasak kedalam kuali. Gaul nasi sehingga sekata.
  • Jika nasi kelihatan sudah sekata, masukkan pula sos ikan, sedikit lada sulah, daun sawi dan 3 helai daun limau purut (dihiris nipis). Gaul nasi dengan bahan yang dimasukkan ini sehingga sebati dan tambahkan sedikit kicap manis ke dalam kuali sebagai perasa.
  • Setelah siap tutup api dan hidangkan nasi goreng tersebut. Hiasan bagi nasi ini menggunakan hirisan timun dan juga sedikit keropok ikan goreng.

Notes

  • Untuk mendapatkan nasi goreng yang garing, sewaktu memasukkan nasi ke dalam kuali, pastikan minyak ditambah sedikit, supaya nasi yang digoreng mendapat tekstur garing.

Langgan Buletin

Masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan buletin kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *