Resepi Nasi Minyak
Resepi Nasi Minyak yang ditonjolkan adalah suatu resepi bagi jenis nasi yang terdapat di Malaysia selain dari menu nasi lemak. Resepi ini juga sering dilihat dihidangkan di rumah kenduri dan digandingkan bersama samada ayam masak merah, ayam masak kurma, daging masak kicap dan lain-lain hidangan.
Penyediaan bagi menu ini juga terdiri dari 10 jenis bahan yang mudah untuk disediakan. Jenis beras boleh digunakan samada jenis biasa atau pun basmathi. Beras basmathi adalah yang terbaik disebabkan tekstur berasnya yang panjang.
Menu bagi resepi nasi minyak sangat menyelerakan kerana rasa serta bau dari nasi amat membangkit selera. Dengan teknik serta cara masak yang dipaparkan di resepi ini, anda mampu memasak di rumah serta dapat menghidangkan untuk dimakan bersama dengan keluarga anda.

Penulis merupakan penasihat kepada panduan kepada makanan & kesihatan.