Close Menu
SeSudu.comSeSudu.com

    Panduan Makanan

    Dapatkan panduan makanan & kesihatan dari SeSudu.com

    Terkini

    Resepi Ayam Mudah untuk anda masak dirumah!

    February 19, 2023

    11 Khasiat Habbatus Sauda Untuk Kesihatan

    February 8, 2023

    RESEPI LONTONG DAN KUAH LODEH — Mudah & Sedap!

    October 1, 2021
    • Privacy Policy
    • Cookies Policy
    • Terms and Conditions
    • Disclaimer
    SeSudu.comSeSudu.com
    Demo
    • UTAMA
    • RESEPI
      • NASI
      • SENARAI RESEPI AYAM
        • KATEGORI AYAM
      • DAGING
      • IKAN
      • MEE
      • KUIH MUIH
      • BUAH-BUAHAN
      • AIR
    • PANDUAN
      • KHASIAT MAKANAN
    • TERKINI
    • HUBUNGI KAMI
    SeSudu.comSeSudu.com
    Home»Resepi»Mee»RESEPI MEE GORENG BASAH — 15 Langkah Mudah
    Mee

    RESEPI MEE GORENG BASAH — 15 Langkah Mudah

    SeSudu.comBy SeSudu.comJuly 23, 2021Updated:February 19, 2023No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter LinkedIn Telegram Pinterest Tumblr Reddit Email
    resepi mee goreng
    resepi mee goreng
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    Resepi Mee Goreng

    Resepi Mee Goreng ini adalah resepi yang amat mudah untuk disediakan. Menu mee ini boleh dibuat sebagai sarapan pagi ataupun sebagai menu makan di waktu petang. Kebiasaan mee dimasak dan diletakkan udang, isi ayam ataupun ada sesetengah orang meletakkan hirisan daging. Bagi menu ini menggunakan cili kisar iaitu terdiri dari beberapa biji bawang putih dan juga cili kering. Manakala bawang merah dan juga bawang besar tidak digunakan. Untuk resepi ayam pula hanyalah dipotong dengan potongan dadu dan digoreng bersama cili yang dikisar.

    Ada sesetengah mee goreng yang kering dan digelar juga sebagai mee mamak. Manakala ada sesetengah yang memasak sehingga menjadikan ia berkuah. Dan mee berkuah itu dinamakan sebagai mee goreng basah.

    Bagi penggemar menu ini, kedua-dua jenis masakan itu mempunyai rasa yang sedap dan amat menyelerakan. Dan semestinya sesiapa yang terhidu akan cuba resepi mee goreng ini pasti terasa nak makan. Pastikan tidak lupa Cili Sos penambah rasa seperti makan di Kedai Mamak.

    Resepi Mee Goreng

    Resepi Mee Goreng

    Recipe by SeSudu.com
    0 from 0 votes

    Resepi Mee Goreng mudah & sedap. Sememangnya masakan ini tidak tidak terlalu complicated untuk dimasak & dihidangkan bersama Keluarga.

    Course: MeeCuisine: MalaysiaDifficulty: Sederhana
    Print
    Hidangan

    5

    hidang
    Masa Penyediaan

    15

    minutes
    Masa Masak

    5

    minutes
    Kalori

    660

    kcal

    BAHAN-BAHAN

    • Sedikit minyak masak

    • Bawang Putih 4 ulas

    • Cili kisar 2 sudu besar

    • Isi ayam 1 ketul (bahagian dada)

    • 2 sudu besar sos tiram

    • 2 sudu besar sos tomato

    • Kicap manis 5 sudu besar

    • Udang 8 ekor

    • Kek ikan 2 keping

    • Lada sulah 1/2 sudu kecil

    • Sedikit batang sawi (dipotong 2 inci)

    • Tomato 1 biji

    • Mee kuning 1 bungkus

    • Telur 1 biji

    • Serbuk lada sulah (sedikit sahaja)

    • Daun sawi

    • Sedikit taugeh

    • 1 ikat Sayur Sawi

    Cara Penyediaan

    • Bawang putih diketuk dan dicincang dengan kasar
    • Isi ayam dipotong secara potongan dadu
    • Potong fish cake, sawi, tomato, limau nipis dan juga cili merah
    • Udang dibuang kepala dan juga kulitnya
    • Panaskan minyak sedikit kemudian tumis bawang putih sehingga ia menjadi kekuningan
    • Masukkan cili yang dikisar dan juga isi ayam yang dipotong dadu tadi. Gaul sehingga isi ayam menjadi separuh masak.
    • Masukkan sos tiram, sos tomato, sos cili dan juga bersama kicap manis.
    • Kemudian masukkan udang dan gaul sehingga ia menjadi separuh masak
    • Masukkan pula fish cake yang dipotong tadi dan tambah sedikit air berserta lada sulah
    • Selepas itu masukkan batang sawi berserta dengan tomato
    • Masukkan mee kuning 1 bungkus ke dalam kuali dan masak mee tersebut.
    • Masukkan 1 biji telur dan taburkan lada sulah sedikit ke atas telur tersebut. Masak mee goreng bersama pecahan telur itu..
    • Gaulkan telur sehingga telur menjadi hancur
    • Kemudian masukkan daun sawi berserta taugeh. Perasakan gula dan juga garam secukup rasa. Gaul sekejap dan tutup api.
    • Hidangkan mee goreng tersebut dan hiaskan bersama dengan hirisan cili dan juga sepotong limau nipis. Siap untuk dihidangkan. Mudah dan sedap untuk dimakan bersama seisi keluarga.

    Nota

    • Bahan seperti kulit udang yang ditanggalkan tadi boleh dibuat stok air rebusan udang, dan secara tidak langsung bahan tersebut tidak terbuang dengan begitu sahaja.

    Restoran Mee Goreng

    Hidangan ini merupakan menu yang mudah untuk dicari. Ini kerana menu mee ini banyak dijual samada di restoran mahupun gerai-gerai. Sehinggakan ada yang dikenali dengan nama mee goreng mamak. Bagi mee tersebut, ia berlainan kerana ia digoreng sehingga kering.

    Bagi menu mee goreng ini, anda boleh mencubanya di 1 gerai yang bertempat di Jalan Tengkera Bandar Hilir Melaka. Menu yang dinamakan sebagai “Mee Goreng Bodoh” ini merupakan menu yang amat laris. Walaupun hidangan ini terlihat ringkas, tetapi menu ini amat enak dimakan sehinggakan jualannya habis terjual dalam masa yang singkat.

    SeSudu.com
    SeSudu.com

    Penulis merupakan penasihat kepada panduan kepada makanan & kesihatan.

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    SeSudu.com
    • Website

    Penulis merupakan penasihat kepada panduan kepada makanan & kesihatan.

    Related Posts

    Resepi Ayam Mudah untuk anda masak dirumah!

    February 19, 2023

    RESEPI LONTONG DAN KUAH LODEH — Mudah & Sedap!

    October 1, 2021

    RESEPI AYAM MASAK LEMAK CILI API — Ramai da Cuba!

    October 1, 2021

    RESEPI RENDANG AYAM — Sedap Dan Menyelerakan!

    September 27, 2021

    RESEPI NASI MINYAK — Rasa Seperti Nasi Kenduri!

    September 27, 2021

    RESEPI IKAN SIAKAP MASAK 3 RASA — Macam Di Restoran!

    September 27, 2021
    Leave A Reply Cancel Reply

    Cari Resepi Anda
    Iklan
    Demo
    Pilihan Kami
    Ayam

    Resepi Ayam Mudah untuk anda masak dirumah!

    By SeSudu.comFebruary 19, 2023

    Apakah anda tercari-cari resepi ayam yang mudah tetapi sedap untuk dimakan sepanjang hari? Jangan risau,…

    11 Khasiat Habbatus Sauda Untuk Kesihatan

    February 8, 2023

    RESEPI LONTONG DAN KUAH LODEH — Mudah & Sedap!

    October 1, 2021

    RESEPI AYAM MASAK LEMAK CILI API — Ramai da Cuba!

    October 1, 2021
    Komen Terkini
    • noorbaizura on RESEPI AIR JUS BUAH NAGA — Rasanya Menyelerakan
    • SeSudu.com on CARA MEMBUAT NASI LEMAK SEDAP — Untuk 5 Orang
    • Emylia on CARA MEMBUAT NASI LEMAK SEDAP — Untuk 5 Orang
    Kategori Masakan
    • Air
    • Ayam
    • Buah Buahan
    • Daging
    • Featured
    • Ikan
    • Khasiat Makanan
    • Kuih Muih
    • Mee
    • Nasi
    • Panduan
    • Pilihan Pembaca
    • Resepi
    • Trending
    Iklan
    Demo
    Email Langganan

    Panduan Makanan

    Dapatkan panduan makanan & kesihatan dari SeSudu.com

    Mengenai Kami
    Mengenai Kami

    SeSudu Gula ada portal resepi masakan terkini dengan kaedah penulisan yang mudah untuk pembaca. Kami juga menyediakan pelbagai jenis panduan berkenaan makanan.

    Kami menerima perkongsian resepi dari anda.

    Email Kami:
    📩 hubungi@sesudu.com
    📩 iklan@sesudu.com

    Pilihan Kami

    Resepi Ayam Mudah untuk anda masak dirumah!

    February 19, 2023

    11 Khasiat Habbatus Sauda Untuk Kesihatan

    February 8, 2023

    RESEPI LONTONG DAN KUAH LODEH — Mudah & Sedap!

    October 1, 2021
    Komen Baru
    • noorbaizura on RESEPI AIR JUS BUAH NAGA — Rasanya Menyelerakan
    • SeSudu.com on CARA MEMBUAT NASI LEMAK SEDAP — Untuk 5 Orang
    • Emylia on CARA MEMBUAT NASI LEMAK SEDAP — Untuk 5 Orang
    • Utama
    • Penulis
    • Terkini
    • Newsletter
    • Hubungi
    Hakcipta Terpelihara 2025 © SeSudu.com

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.