Resepi Rendang Ayam : Sedap Dan Menyelerakan!

Resepi Rendang Ayam

Resepi Rendang Ayam ini merupakan diantara menu yang sering dimakan bersama ketupat nasi ataupun ada juga segelintir orang yang memakan rendang ayam dengan nasi impit. Seringkali kita lihat menu bagi resepi ini ketika musim hari raya sahaja, tetapi pada masa kini menu rendang ayam ini dibuat sebagai santapan sarapan di pagi hari bersama dengan ketupat nasi.

Kenikmatan rendang ayam yang enak dimakan ini disebabkan rasanya yang sedikit pedas seperti ayam masak merah serta ia mempunyai bau yang harum membuatkan ia pasti membuka selera anda. Proses untuk menyediakannya pula hanya terdiri dari beberapa penyediaan sahaja.

Dengan teknik masak rendang yang dipaparkan di bawah ini, anda mampu menyediakannya dan dapat dihidangkan untuk dimakan bersama dengan keluarga anda.

Resepi Rendang Ayam

0 from 0 votes
Recipe by SeSudu Gula Course: AyamCuisine: MalaysiaDifficulty: Sederhana
Hidangan

6

hidang
Masa Penyediaan

20

minutes
Masa Masak

30

minutes
Kalori

100

kcal

Resepi Rendang Ayam mudah & sedap. Sememangnya masakan ini tidak terlalu complicated untuk dimasak & dihidangkan bersama keluarga.

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor Ayam dipotong (samada potongan 8 atau 12)

  • Kerisik 3 sudu besar

  • Minyak 2 senduk (hanya untuk proses menumis)besar

  • Santan Pekat 2 cawan

  • Santan Cair 1 cawan

  • 2 helai Daun Kunyit (dihiris kasar)

  • Asam Keping 2 keping

  • Sos Tiram 2 sudu besar

  • Garam dan Gula (secukup rasa)


  • BAHAN KISAR
  • 5 ulas Bawang Putih

  • 5 ulas Bawang Merah

  • 2 biji Bawang Besar

  • Kunyit Hidup 2cm

  • 2 inci Lengkuas

  • 2 inci Halia

  • 2 batang Serai (dihiris nipis)

  • Cili Kering 15 tangkai ( dibuang biji dan direbus)

cara penyediaan

  • Langkah pertama adalah gaulkan potongan ayam yang telah siap dibasuh bersih dengan garam serta kunyit.
  • Selepas itu goreng ayam yang digaul tadi sehingga ia menjadi separuh masak dan letakkan ia di tepi.
  • Sediakan 1 kuali yang lain dan panaskan minyak. Jika minyak sudah panas, masukkan bahan kisar tadi dan tumis sehingga ia pecah minyak.
  • Selepas itu masukkan ayam dan bersama bahan yang ditumis tadi. Masukkan juga sos tiram dan juga serai ke dalam kuali. Kacau ia sehingga kesemua bahan menjadi sekata dan masak ia sekejap.
  • Kemudian masukkan santan cair dan kerisik ke dalam kuali. Masak sehingga semua bahan ini sehingga menjadi mendidih dan tekstur ketulan ayam menjadi empuk.
  • Masukkan pula santan pekat, asam keping dan daun kunyit ke dalam kuali. Kacau kesemua bahan-bahan ini untuk menjadikan ia sekata. Pastikan kerap dikacau untuk mengelakkan santan menjadi berketul.
  • Di akhir sekali, perasakan rendang kita dengan gula dan juga garam.

Notes

  • Untuk mengelakkan rendang dari menjadi terlebih masam, pastikan kita mengeluarkan asam keping apabila sukatan masam sudah mencukupi seperti yang kita inginkan.

Langgan Buletin

Masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan buletin kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *