Author: SeSudu.com

Penulis merupakan penasihat kepada panduan kepada makanan & kesihatan.

Air

Resepi Air Soda Serai Dan Madu Resepi Air Soda Serai dan Madu atau dikenali dengan soda herbs adalah minuman ini yang menggunakan serai dan juga ada madu membuatkan ia suatu minuman menyegarkan dan dalam masa yang sama memberi satu kenikmatan masam manis yang pasti memuaskan kepada anda. Pembuatan minuman ini senang dan air juga tidak perlu di masak. Serai yang digunakan hanya diketuk dan diletakkan di dalam gelas yang digunakan. Cara buat air ini juga ringkas, prosesnya hanya menggunakan madu, batang serai diketuk,hirisan limau kasturi dan dicampur bersama air soda. Dengan cara senang serta yang sedap sebegini, ia pasti memudahkan…

Read More
Air

Resepi Air Katira Resepi Air Katira yang ditampilkan ini adalah berdasarkan getah anggur yang dikenali dengan nama katira. Getah anggur ini terbaik untuk dibuat minum sewaktu musim panas kerana bahan getah anggur ini berkeupayaan menyejukkan badan. Air ini juga merupakan air yang sering kita lihat terjual di kedai bazar ramadan untuk diminum sewaktu berbuka puasa. Minuman manis ini juga terdiri dari bahan-bahan yang terbaik seperti kurma, kismis, biji selasih, gajus, badam, susu dan lain-lain. Dengan bahan-bahan tersebut ia sekaligus menjadikan minuman ini merupakan air yang bermanfaat untuk dibuat sebagai minuman samada waktu tengah hari atau diminum ketika waktu petang.

Read More
Air

Resepi Air Bandung Strawberi Dan Laici Resepi Air Bandung Strawberi Dan Laici minuman ini adalah minuman yang amat sedap dan mudah untuk di buat. Dengan kenikmatan air bandung yang pasti sudah diketahui ramai dan dicampur pula dengan potongan buah strawberi bersama dengan buah laici sekaligus membuatkan ia menjadi bertambah sedap. Proses untuk cara buat air ini mudah dan hanya memerlukan tempoh masa yang sekejap sahaja. Potongan yang diperlukan untuk strawberi juga adalah potongan ringkas dan mampu dilakukan. Dengan penyediaan minuman sebegini, ia pasti memberi rasa yang baharu kepada anda. Dan ada juga sesetengah orang yang menyediakan air ini sewaktu berbuka…

Read More

Resepi Kuih Seri Muka Resepi Kuih Seri Muka ini merupakan kuih tradisional yang terdapat di Malaysia serta sedap bila menjamahnya. Keenakan kuih ini dengan gabungan beras pulut dan juga lapisan di atas yang berbau pandan membuatkan sesiapa yang menjamah kuih ini terasa keenakannya. Kuih ini juga sering kita lihat dijual di merata gerai kuih-muih malah kuih ini juga boleh dijumpai serta sering terjual di bazar-bazar Ramadan ketika bulan puasa. Cara penyediaannya pula terbahagi kepada tiga bahagian. Bahagian atas menjadi lapisan pertama yang terdiri dari gabungan 3 bahan, kemudian bahagian tengah terdiri dari 8 bahan, dan bahagian bawah terdiri dari 5…

Read More

Resepi Kuih Ketayap Resepi Kuih Ketayap ini adalah suatu kuih yang enak dan sedap untuk dimakan kerana mempunyai inti kelapa yang manis dan tekstur kulit luar yang lembut. Kuih ini turut menggunakan daun pandan sebagai salah satu bahan yang digunakan. Dengan penggunaan daun pandan, kuih ini mempunyai bau yang cukup menyelerakan. Proses penyediaan kuih ketayap ini juga tidak terlalu lama. Dan boleh dikatakan semua yang mengetahui masakan ini pasti boleh menyediakannya. Hanya dalam tempoh setengah jam, kuih ini akan tersedia untuk dihidangkan. Kuih ini juga sesuai dibuat sebagai menu sampingan di waktu pagi mahupun dibuat sebagai menu minum petang.

Read More

Resepi Kuih Cara Manis Resepi Kuih Cara Manis yang ditampilkan ini adalah masakan bagi pencuci mulut atau kuih tradisional kuih yang mempunyai dua jenis yang berbeza. Pertama adalah ia didatangkan dengan rasanya yang manis dan tiada inti di dalam, manakala bagi yang jenis kedua pula adalah dengan diletakkan inti seperti hirisan daging. Kedua-dua jenis ini tetap dinamakan sebagai kuih cara. Penyediaan kuih cara ini juga tidaklah sukar. Dengan beberapa helai daun pandan serta langkah yang perlu diikuti, anda mampu membuatnya di rumah. Kuih ini juga merupakan kuih yang banyak dijual di Malaysia, keenakan menjamah kuih ini dan berbau wangi disebabkan…

Read More

Resepi Ayam Masak Kicap Resepi Ayam Masak Kicap ini sangat mudah disediakan dan rasanya sangat sedap sememangnya menjadi menu kesukaan seisi keluarga. Terdapat pelbagai cara memasak resepi ini. Rahsia bagi masakan ini pastilah kuah kicap yang pekat, pedas, lemak, manis dan masin secukup rasa. Cukup hanya dengan satu menu ini sahaja dipadankan dengan nasi panas sudah semestinya sangat menyelerakan. Rahsia untuk menghasilkan ayam dengan kuah kicap yang pekat dan pedas secukup rasa, pastikan bahan tumisan ditumbuk halus serta cili dikisar bagi memekatkan kuah kicap. Resepi ini juga menggunakan beberapa biji bawang merah, 3 ulas bawang putih, 2 inci halia, serbuk…

Read More

Resepi Ayam Goreng Kunyit Resepi Ayam Goreng Kunyit ini merupakan antara resepi ayam yang paling senang dan sangat sedap. Disebabkan cara penyediaannya masak ayam yang paling mudah dan tidak menggunakan tepung jagung, maka proses untuk menghasilkannya juga sangat cepat sekali. Cara masak ayam goreng kunyit yang ringkas ini membuatkan ramai orang pasti boleh menyediakannya kerana bahan yang digunakan mudah untuk mendapatkannya. Resepi ini sangat sesuai dibuat samada sebagai menu lauk untuk tengah hari digandingkan bersama sambal cili padi mahupun sebagai menu lauk makan malam. Ia sememangnnya akan membuka selera apabila dipadankan dengan nasi yang panas dan disukai oleh ramai orang.…

Read More
Mee

Resepi Mee Bandung Resepi Mee Bandung yang pasti membuatkan ramai yang terliur akan keenakannya. Dengan penggunaan berbagai bahan seperti udang, daging, beberapa biji bawang, mee dan juga telur membuatkan makanan yang bernama mee bandung ini terasa mengenyangkan. Untuk penyediaan kuah ini tidak menggunakan cili sos. Menu berasaskan mee ini juga tidak asing bagi rakyat di sini kerana ramai mengenali juga dengan nama mee bandung muar, ia menjadi antara menu yang dijual oleh sebilangan kedai makanan yang bertempat di Malaysia dan sedap untuk dimakan. Restoran Mee Bandung Hidangan bagi resepi mee bandung ini amat enak untuk dimakan. Dengan kuahnya yang harum…

Read More
Mee

Resepi Mee Rebus Resepi Mee Rebus ini merupakan salah satu hidangan yang dibuat berasaskan mee kuning. Hidangan mee ini sering dimakan samada di waktu tengah hari mahupun di waktu petang. Mee ini juga salah satu menu yang sering kita lihat di restoran-restoran. Hidangan mee rebus ini digandingkan bersama dengan hirisan-hirisan daging, telur rebus, tauhu goreng sebagai pelengkap kepada mee tersebut. Bagi kuah mee rebus pula, ia menggunakan bahan seperti beberapa biji bawang sebagai bahan kisar, ubi keledek dan lain-lain seperti yang dipaparkan di bawah. Bagi resepi ini juga tidak menggunakan bawang besar serta batang serai. Restoran Mee Rebus Bagi hidangan…

Read More