Resepi Kuih Cara Manis : Sedap & Mudah Disediakan

Resepi Kuih Cara Manis

Resepi Kuih Cara Manis yang ditampilkan ini adalah masakan bagi pencuci mulut atau kuih tradisional kuih yang mempunyai dua jenis yang berbeza. Pertama adalah ia didatangkan dengan rasanya yang manis dan tiada inti di dalam, manakala bagi yang jenis kedua pula adalah dengan diletakkan inti seperti hirisan daging. Kedua-dua jenis ini tetap dinamakan sebagai kuih cara.

Penyediaan kuih cara ini juga tidaklah sukar. Dengan beberapa helai daun pandan serta langkah yang perlu diikuti, anda mampu membuatnya di rumah. Kuih ini juga merupakan kuih yang banyak dijual di Malaysia, keenakan menjamah kuih ini dan berbau wangi disebabkan oleh daun pandan membuatkan ramai orang menyukainya.

Resepi Kuih Cara Manis

5 from 1 vote
Recipe by SeSudu Gula Course: KuihCuisine: MalaysiaDifficulty: Sederhana
Hidangan

15

biji
Masa Penyediaan

15

minutes
Masa Masak

15

minutes
Kalori

56

kcal

Resepi Kuih Cara Manis mudah & sedap. Sememangnya masakan ini tidak tidak terlalu complicated untuk dimasak & dihidangkan bersama Keluarga.

BAHAN-BAHAN

  • Tepung gandum 300g

  • Minyak masak 1/4 cawan

  • Jus Pandan 1 cawan

  • Tepung gandum 2 cawan

  • 2 biji Telur

  • 2 cawan Santan

  • Garam 1/2 sudu kecil

  • Pewarna Hijau (sedikit sahaja)

  • Gula secukupnya

cara penyediaan

  • Kisarkan daun pandan dan air sehingga ia halus. Dan tapiskan jus tersebut
  • Kemudian kisarkan jus tersebut bersama dengan tepung gandum, santan, telur dan juga air. Kisarkan sehingga sebati
  • Masukkan garam dan pewarna hijau ke dalam bancuhan itu. (pewarna gunakan sedikit sahaja. dalam anggaran beberapa titik)
  • Kisarkan kembali bahan-bahan tersebut sehingga ianya menjadi sekata.
  • Jika sudah sekata dan halus, tapiskan adunan yang dikisar tersebut
  • Panaskan acuan kuih cara di atas api.
  • Setelah acuan tersebut sudah panas sedikit, sapukan minyak di permukaan acuan. Sapukan minyak itu dengan menggunakan berus (berus yang sesuai untuk proses memasak)
  • Jika acuan tersebut sudah panas, tuangkan adunan yang dibuat tadi ke dalam acuan
  • Masakkan adunan tersebut sehingga bahagian bawah kuih ini kelihatan sudah masak. Jika kelihatan sudah masak, masukkan gula ke setiap acuan dan tutup dengan penutup yang bersesuaian.
  • Dan jika kelihatan kuih menjadi sedikit perang dan tidak berair, angkat kuih tersebut dan sejukkan seketika. Selepas itu kuih boleh dihidangkan.

Notes

  • Pastikan gula dimasukkan selepas adunan sudah masak di bahagian bawah. Ini untuk membuatkan adunan masak di bahagian bawah dengan sempurna.

Langgan Buletin

Masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan buletin kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *