Resepi Air Longan : Minuman Menyegarkan

Resepi Air Longan

Resepi Air Longan ini menggunakan biji longan (atau longan di dalam tin) sebagai bahan asasnya. Minuman ini juga amat menyegarkan dan longan ini juga terdiri dari khasiatnya tersendiri seperti membantu pergerakan jantung dan limpa, mengurangkan risiko kanser, melancarkan peredaran darah, kesihatan kulit dan lain-lain lagi.

Cara membuat air longan ini juga mudah dan ringkas. Dengan menggunakan 8 bahan asas, anda mampu buat di dapur rumah anda. Minuman ini juga sesuai dibuat sebagai minuman di tengah hari mahupun dibuat sebagai hidangan di waktu petang.

Selain dari resipi ini, resepi air lai chi kang juga berupaya untuk menyejukkan badan serta baik untuk tubuh badan. Penyediaan bagi resepi lai chi kang juga tak sukar, ia di sebabkan bahan untuk digunakan senang dicari. Jika berminat untuk merasai atau mencuba minuman tersebut, boleh dirujuk di resepi kami.

Resepi Air Longan

5 from 1 vote
Recipe by SeSudu Gula Course: MinumanCuisine: MalaysiaDifficulty: Sederhana
Hidangan

5

gelas
Masa Penyediaan

10

minutes
Masa Masak

10

minutes
Kalori

80

kcal

Resepi Air Longan mudah & sedap. Sememangnya minuman ini tidak terlalu complicated untuk disediakan & dihidangkan bersama keluarga.

BAHAN-BAHAN

  • Longan Kering 775gram

  • Air Panas (6 cawan = 3 cawan untuk rendam longan dan 3 cawan untuk memasak)

  • Gula Melaka 300gram

  • Gula Merah 10 sudu besar

  • Gula Putih 2 ½ sudu besar

  • Daun Pandan 8 helai (diikat bersama)

  • Air (secukupnya)

cara penyediaan

  • Langkah pertama adalah perlu rendamkan longan dahulu. Rendamkan longan tersebut dengan air panas sebanyak 3 cawan.
  • Selepas itu sediakan 1 periuk dan masukkan air panas 3 cawan. Masukkan juga gula melaka, gula merah, gula putih dan juga daun pandan. Masak di atas api yang perlahan. Kacau kesemua bahan tersebut sehingga gula menjadi cair.
  • Jika kesemua gula sudah larut, keluarkan daun pandan tersebut dan biarkan seketika sehingga rebusan yang dimasak menjadi sejuk. Selepas sejuk, masukkan rebusan itu ke dalam jug.
  • Toskan buah longan yang telah direndam tadi. Kemudian masukkan longan tersebut ke dalam jug bersama dengan bahan rebusan tadi.
  • Selepas itu masukkan air secukupnya ke dalam jug. Kacau seketika sehingga ia sebati bersama.
  • Di akhir sekali, masukkan ketulan ais ke dalam jug.
  • Siap untuk dihidangkan

Notes

  • Sewaktu proses menambah air ke dalam jug, pastikan air yang dimasukkan mempunyai jumlah secukupnya. Ini disebabkan untuk mengelakkan air longan ini menjadi tawar.

Langgan Buletin

Masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan buletin kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *