Resepi Ayam Blackpepper : Enak Dan Mudah

Resepi Ayam Blackpepper

Resepi Ayam Blackpepper ini merupakan diantara resepi yang menggunakan ayam dan juga lada hitam sebagai bahan asas di dalam masakannya. Menu bagi masakan ini sedap dihidangkan tatkala makan tengah hari mahupun makan malam bersama dengan nasi.

Keenakannya serta kepedasan lada tersebut pasti membangkit selera anda. Penyediaan bagi resepi ini juga tidak terlalu sukar. Ia pasti mampu dimasak di dapur rumah anda. Dengan resepi ini diharap dapat memberi anda idea menu untuk dimasak dan dimakan bersama keluarga.

Untuk resepi yang berasaskan blackpepper atau lada hitam ini, anda boleh juga memasak ia dengan menggunakan daging. Proses untuk memasak dengan menggunakan daging boleh dirujuk di resepi daging masak black pepper ini. Keenakan masakan ini amat menyelerakan. Tak rugi untuk anda mencubanya.

Resepi Ayam Blackpepper

5 from 1 vote
Recipe by SeSudu Gula Course: AyamCuisine: MalaysiaDifficulty: Sederhana
Hidangan

4

hidang
Masa Penyediaan

10

minutes
Masa Masak

25

minutes
Kalori

210

kcal

Resepi Ayam Blackpepper mudah & sedap. Sememangnya masakan ini tidak terlalu complicated untuk dimasak & dihidangkan bersama keluarga.

BAHAN-BAHAN

  • Ayam 500g (dipotong dengan potongan kecil)

  • 6 sudu besar Sos Lada Hitam

  • Kicap Manis 3 sudu kecil

  • Minyak Masak 3 sudu besar

  • 4 ulas Bawang Putih (dihiris)

  • 2 biji Bawang Besar (dihiris dengan potongan tebal)

  • Bawang Holland 1 biji (dihiris bulat)

  • Lobak Merah 2 biji (dihiris)

  • Daun Bawang 2 tangkai (dihiris)

  • 1 inci Halia

  • Air 1 ½ cawan

  • Garam Dan Gula

cara penyediaan

  • Langkah pertama adalah perapkan ayam yang telah dihiris itu bersama dengan sos lada hitam serta kicap manis.
  • Masukkan minyak di dalam kuali dan panaskan ia. Kemudian gorengkan ayam yang telah diperap tadi. Pastikan ayam digoreng hanya sedikit garing sahaja.
  • Selepas ayam siap digoreng, keluarkan dan letak ditepi.
  • Kemudian tumbuk kasar bawang putih, bawang merah dan juga halia.
  • Ambil sedikit minyak dari gorengan ayam dan masukkan ke dalam kuali. Selepas itu masukkan bahan yang ditumbuk kasar. Tumis sebentar bahan tersebut sehingga naik bau.
  • Masukkan pula hirisan lobak merah dan juga air. Masakkan bahan ini sehingga ia mendidih.
  • Jika kelihatan sudah mendidih, masukkan pula ayam yang telah digoreng tadi dan masukkan juga air bancuhan tepung jagung. Gaul kesemua bahan sehingga ia sebati.
  • Di akhir sekali masukkan pula hirisan bawang holland. Masak ia sekejap. Perasakan dengan garam dan gula jika kekurangan rasa.
  • Siap untuk dihidangkan.

Notes

  • Penggunaan bawang holland adalah untuk membuatkan ia terasa lebih sedap.

Langgan Buletin

Masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan buletin kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *