Resepi Cempedak Goreng : Rahsia Rangup

Resepi Cempedak Goreng

Resepi Cempedak Goreng rangup ini paling ramai yang menyukainya. Hanya dengan menghidu akan aromanya yang wangi tatkala digoreng, ia membuatkan ramai orang akan mengidamkannya. Dengan rasanya yang manis, ditambah pula digoreng garing ia mudah untuk membuatkan keluarga anda menjamah dengan berselera akan makanan ini.

Proses penyediaan resepi cempedak goreng rangup tahan lama ini  juga amat mudah. Hanya perlu sediakan bahan bancuhan tepung untuk disatukan dengan isi buah cempedak itu. Menu cempedak goreng rangup ini sesuai dihidangkan di waktu petang dan sedap dimakan. Digandingkan bersama dengan air secawan bersama gorengan cempedak ini, ia pasti menjadi pelengkap menu minum petang anda.

Untuk yang ingin mencuba pisang goreng boleh juga dilihat di resepi kami yang lain. Resepi pisang goreng yang rangup pasti sedap dimakan bersama seisi keluarga anda. Selain dari pisang, ada juga yang gemar menggoreng ubi keledek. Hirisan ubi keledek dicampur dengan bancuhan tepung.

Proses penyediaan untuk resepi ini juga tidak sesukar, malah pasti anda mampu memasaknya di dapur rumah anda. Dengan rasa pisang serta ubi keledek yang manis, tepung yang rangup dan sememangnya sedap untuk dimakan.

Resepi Cempedak Goreng

0 from 0 votes
Recipe by SeSudu Gula Course: BuahCuisine: MalaysiaDifficulty: Sederhana
Hidangan

5

orang
Masa Penyediaan

10

minutes
Masa Masak

10

minutes
Kalori

98

kcal

Resepi Cempedak Goreng mudah & sedap. Sememangnya masakan ini tidak terlalu complicated untuk dimasak & dihidangkan bersama keluarga.

BAHAN-BAHAN

  • Isi Cempedak

  • 2 cawan Tepung Beras

  • Tepung Jagung 1 cawan

  • Tepung Gandum ½ cawan

  • 1 biji Telur (Gred C)

  • Serbuk Kunyit ½ sudu teh

  • Air Kapur 4 sudu besar

  • Garam ½ sudu kecil

  • Mentega 1 sudu besar

  • Air 2 cawan

cara penyediaan

  • Langkah pertama yang perlu dilakukan adalah perlu membelah buah cempedak dan mengambil isinya satu persatu.
  • Kemudian ambilkan semua bahan-bahan dan mulakan proses bancuhan. Bahannya ialah tepung gandum , tepung jagung, tepung beras, serbuk kunyit, telur, air kapur, mentega dan juga garam ke dalam bekas bancuhan. Kacau seketika bahan ini sehingga ia berada dalam keadaan sekata
  • Masukkan air ke dalam bekas bancuhan dan gaul. Proses memasukkan air perlu dituang sedikit demi sedikit supaya bancuhan dapat diagak akan kelikatannya.
  • Selepas itu masukkan isi cempedak ke dalam bancuhan tadi dan gaul bersama.
  • Panaskan minyak ke dalam kuali sehingga ia betul panas.
  • Apabila minyak panas, masukkan isi cempedak yang telah diambil tadi satu persatu ke dalam kuali
  • Gorengkan isi cempedak ini sehingga ia masak. Dan jangan lupa untuk terbalikkan ia supaya ia masak di kedua-dua bahagian.
  • Jika telah masak dan warna menjadi keperangan, alihkan dari kuali.
  • Siap untuk dihidang.

Notes

  • Boleh diasingkan biji cempedak dari isi jika tidak mahu digoreng sekali. Kebiasaan orang akan menggoreng bersama bijinya kerana bijinya boleh dimakan.

Langgan Buletin

Masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan buletin kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *