Resepi Kerabu Daging : Membuka Selera Anda

Resepi Kerabu Daging

Resepi Kerabu Daging ini merupakan resepi yang paling mudah untuk disediakan dengan menggunakan daging lembu. Resepi ini juga mudah untuk membuka selera jika dibuat sebagai lauk disebabkan rasa yang masam-masam, digandingkan bersama nasi panas pasti akan membuatkan enak untuk dimakan.

Penggunaan bahan yang amat mudah untuk dicari, ia sekaligus memudahkan anda untuk menyediakan menu bagi resepi ini. Resepi ini juga sesuai dihidangkan di waktu tengah hari. Keenakan daging dibuat kerabu ini pasti membuatkan keluarga anda suka menjamahnya.

Untuk yang ingin menyediakan lauk sampingan berasaskan daging boleh juga untuk mencuba akan daging masak black pepper. Ini kerana, hidangan black pepper terasa sedikit pedas, manakala kerabu di bawah ini terasa sedikit masam. Gandingan kedua masakan ini pasti membuatkan keluarga anda menyukainya.

Resepi Kerabu Daging

0 from 0 votes
Recipe by SeSudu Gula Course: DagingCuisine: MalaysiaDifficulty: Sederhana
Hidangan

4

orang
Masa Penyediaan

15

minutes
Masa Masak

0

minutes
Kalori

80

kcal

Resepi Kerabu Daging mudah & sedap. Sememangnya masakan ini tidak terlalu complicated untuk dimasak & dihidangkan bersama keluarga.

BAHAN-BAHAN

  • Daging 300g ( rebus sehingga isi daging menjadi lembut)

  • 1 biji Bawang Besar (dihiris nipis)

  • 1 batang Serai (dihiris nipis)

  • Tomato 1 biji ( dihiris nipis)

  • 6 biji Cili Padi (hiris nipis)

  • Sos Ikan 2 sudu besar

  • 1 biji Limau Nipis (jus sahaja)

  • 3 helai Daun Limau Purut ( dihiris halus)

  • Garam secukup rasa

  • Gula secukup rasa

cara penyediaan

  • Langkah pertama adalah hiris nipis daging yang telah direbus tadi dengan hirisan yang nipis.
  • Kemudian gaulkan daging tersebut bersama bahan-bahan yang telah disediakan.
  • Selepas itu masukkan garam dan gula secukup rasa.
  • Siap untuk dihidangkan

Notes

  • Pastikan potongan daging sewaktu menghiris dilakukan secara melintang urat. Ini supaya hirisan daging lembut untuk dimakan.

Langgan Buletin

Masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan buletin kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *