Resepi Mee Kari
Resepi Mee Kari ini merupakan suatu masakan yang dikenali oleh orang ramai dan menjadi menu yang disukai oleh bangsa Melayu dan juga bangsa Cina. Selain itu ada juga yang menamakan resepi ini sebagai Resepi Mee Kari Nyonya.
Menu ini kebiasaan dimasak samada bersama udang dan ada juga sesetengah orang yang memasak dengan menggunakan kerang. Menu mee ini juga berbeza dengan menu kari kambing. Ini kerana kari daging mempunyai tekstur yang agak pekat.
Resepi ini juga tidak lengkap jika tidak diletakkan tauhu kering goreng. Dengan penggunaan tauhu kering goreng bersama dengan kuah kari yang pekat pasti akan membuka selera anda.
Restoran Mee Kari
Hidangan mee kari sedap ini juga merupakan menu yang dijual di restoran-restoran. Menu ini sering terjual di restoran malah dengan harga jualan di dalam lingkungan yang bersesuaian, ia menjadi menu makanan yang sentiasa ada permintaan dari pelanggan.
Antara restoran yang menghidangkan menu ini adalah seperti Restoran Mee Kari Sungai Putat. Restoran ini bertempat di Kampung Sungai Putat Melaka dan merupakan diantara restoran yang sering dikunjungi untuk menikmati menu kari sedap ini.
Penulis merupakan penasihat kepada panduan kepada makanan & kesihatan.