Resepi Nasi Ayam : Mudah & Sedap Seperti Restoran

Resepi Nasi Ayam

Resepi Nasi Ayam yang diketengahkan ini merupakan resepi yang amat disukai oleh ramai orang. Cara buat menu ini juga tidaklah sesukar seperti yang digambarkan dan cara masaknya mudah seperti penyediaan nasi minyak. Ini kerana cara masak bagi resepi nasi ayam ini hanya memerlukan 5 langkah penyediaan yang terdiri dari penyediaan ayam, penyediaan nasi, penyediaan sup serta penyediaan kuah sos dan juga kuah kicap. Tidak lupa juga, setiap nasi ayam akan diletakkan bersama salad, hirisan tomato dan juga hirisan timun.

Di Malaysia, dapat kita lihat adanya berbagai jenis menu ini mengikut bangsa yang terdapat di sini. Sebagai contoh hidangan oleh bangsa melayu, nasi ayam masak Hainan oleh bangsa cina, dan nasi ayam seperti beriani oleh bangsa india. Cara masak bagi ketiga-tiga jenis masakan bagi menu ini juga berlainan.

Masakan ini sedap dimakan kerana gabungan kuah sup, kuah sos dan juga kuah kicap. Disebabkan oleh itu, ia sesuai untuk dihidangkan sebagai menu makanan bersama keluarga anda. Menu ini juga sesuai dihidangkan samada di waktu pagi sebagai sarapan, hidangan tengah hari ataupun sebagai menu hidangan di waktu malam. Dengan langkah-langkah yang ditampilkan di dalam ini, ia pasti boleh direalisasikan di dapur rumah anda.

Resepi Nasi Ayam

0 from 0 votes
Recipe by SeSudu Gula Course: NasiCuisine: MalaysiaDifficulty: Sederhana
Hidangan

4

orang
Masa Penyediaan

40

minutes
Masa Masak

1

hour 
Kalori

662

kcal

Resepi Nasi Ayam mudah & sedap. Sememangnya masakan ini tidak tidak terlalu complicated untuk dimasak & dihidangkan bersama Keluarga.

BAHAN-BAHAN


  • BAHAN UNTUK DIREBUS
  • 1 ekor Ayam (dipotong 8 atau mengikut kesesuaian)

  • Bawang Putih 2 ulas (ditumbuk sehingga halus)

  • Halia 2cm (ditumbuk sehingga halus)

  • Kiub Pati Ayam 1 ketul


  • BAHAN UNTUK DIPERAP (KETULAN AYAM YANG TELAH DIREBUS)
  • Kicap Pekat 1 sudu besar

  • Sos Tiram 1 sudu besar

  • Halia 1cm (ditumbuk sehingga halus)

  • 2 ulas Bawang Putih (ditumbuk sehingga halus)

  • Kicap Cair 1 sudu besar

  • Madu (untuk disapu di ayam)


  • BAHAN UNTUK NASI
  • Beras 3 cawan

  • Air Rebusan Ayam 4 cawan

  • Mentega 2 sudu besar

  • Halia 1cm (ditumbuk sehingga halus)

  • Bawang Putih 3 ulas (ditumbuk sehingga halus)

  • Garam sedikit

  • Bunga Lawang 2 kuntum

  • Buah Pelaga 4 biji

  • Kulit Kayu Manis 1 batang

  • Serai 1 batang (diketuk)

  • 2 helai Daun Pandan

  • Serbuk Kunyit sedikit (sebagai warna dan aroma kepada nasi)


  • BAHAN UNTUK KUAH SOS CILI
  • Cilil Merah 5 biji

  • Bawang Putih 3 ulas

  • Halia 2cm

  • Cuka 1 sudu besar

  • Gula 1 sudu teh

  • Air Rebusan Ayam 1/2 cawan


  • BAHAN UNTUK KUAH SUP
  • Air Dari Rebusan Ayam

  • Bawang Besar 1 biji (dikisar)

  • Rempah Sup Bunjut 1

  • Garam secukup rasa

  • Daun Sup (dihiris)

  • Daun Bawang (dihiris)


  • BAHAN UNTUK KUAH KICAP
  • Kuah kicap dari perapan ayam (yang dibuat sewaktu proses perapan ayam)

  • Kicap Manis

  • Garam sedikit

  • Air dari rebusan ayam

cara penyediaan


  • CARA PENYEDIAAN AYAM
  • Langkah pertama adalah rebuskan ayam dan berserta 1 kiub pati ayam. Rebus ayam sehingga ketulan ayam menjadi empuk.
  • Setelah ketulan ayam tadi menjadi empuk, ambil ketulan ayam tersebut dan perapkan ia bersama dengan bahan perapan. Perapkan ketulan ayam tersebut sekurangnya selama 30 minit.
  • Selepas perapan ayam sudah mencukupi 30 minit, masukkan ayam ke dalam kuali dan goreng ketulan ayam tersebut dengan api yang sederhana.
  • Jika ketulan ayam sudah menjadi masak, keluarkan ia dari kuali. Kemudian sapukan madu ke atas ketulan-ketulan ayam goreng tersebut.

  • CARA PENYEDIAAN NASI
  • Langkah pertama adalah panaskan mentega ke dalam periuk nasi.
  • Kemudian tumiskan semua bahan seperti rempah, serai, daun pandan, bawang putih dan halia sehingga ia menjadi garing.
  • Selepas itu masukkan beras yang telah dibasuh dan masak sehingga ia naik bau.
  • Jika sudah naik bau, masukkan pula air dari rebusan ayam. Masukkan ia bersama kunyit dan juga garam secukup rasa.
  • Masak nasi sehingga ia betul-betul masak.

  • CARA PENYEDIAAN KUAH SUP
  • Langkah pertama adalah rebuskan air rebusan ayam bersama dengan rempah sup bunjut.
  • Masukkan ia bersama bawang besar dan juga garam secukup rasa ke dalam kuali. Masak sehingga kuah sup menjadi sedikit mendidih.
  • Jika sup sudah masak, taburkan bawang goreng ke dalam sup bersama dengan hirisan dari daun sup.

  • CARA PENYEDIAAN KUAH SOS CILI
  • Langkah pertama kisarkan semua bahan-bahan yang diperlukan.
  • Selepas itu masakkan ia seketika sehingga kuah sos menjadi mendidih.

  • CARA PENYEDIAAN KUAH KICAP
  • Langkah pertama adalah satukan kesemua bahan-bahan tersebut.
  • Selepas itu masak ia seketika sehingga kuah kicap menjadi sedikit mendidih.

Notes

  • Proses merebus ayam perlu dilakukan dalam masa sekejap sahaja. Ini untuk mengelakkan dari isi ayam menjadi hancur jika direbus dalam jangka masa yang lama.

KALORI UNTUK HIDANGAN NASI AYAM

Kalori Resepi Nasi Ayam Sesudu Gula

Setiap hidangan yang dimakan akan mempunyai kalori yang berbeza. Di sini akan dilampirkan jumlah kalori untuk hidangan nasi ayam ini.

  • Hidangan – Nasi Ayam (1 pinggan / 250gram)
  • Jumlah Kalori = 278 kalori (100gram = 121 kalori)

Kalori ini boleh dibakar dengan cara bersukan. Kiraan masa untuk setiap sukan yang perlu dilakukan untuk membakar 278 kalori ini adalah seperti di bawah :-

  • Mengayuh Basikal = 42 Minit
  • Berjalan Kaki = 77 Minit
  • Berjoging = 32 Minit
  • Berenang = 23 Minit

RESTORAN YANG MENYAJIKAN NASI AYAM

Dibawah ini adalah antara sebilangan restoran franchise dan bukan franchise di Malaysia yang menyajikan menu ini. Hidangan ini juga merupakan menu utama bagi restoran-restoran tersebut.

The Chicken Rice Shop
TCRS Restaurants Sdn Bhd telah ditubuhkan pada bulan Jun 2000. The Chicken Rice Shop adalah restoran keluarga berstatus Halal di Malaysia. Dan restoran ini juga terdapat cawangan di merata tempat di seluruh Malaysia.

Kedai Ayamas
Kedai Ayamas dimiliki oleh Kara Holdings Sdn Bhd di bawah Johor Corporation. Menyajikan pelbagai jenis menu nasi ayam serta berstatus Halal di Malaysia. Kedai Ayamas juga menyediakan konsep penjualan makanan sejuk beku melibatkan ayam.

Nasi Ayam Hailam Damansara
Beroperasi di alamat :
No 102, Jalan SS 21/39, Damansara Utama, 47400, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan Malaysia

Nasi Ayam Pak Mal
Beroperasi di alamat :
2, Jalan Selendang 10/10, Seksyen 10, 40100 Shah Alam, Selangor Malaysia

Nasi Ayam Maharaja Keramat Permai
Beroperasi di alamat :
Jalan AU 1a/1, Au 1, 54200 Kuala Lumpur, Selangor Darul Ehsan Malaysia

Langgan Buletin

Masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan buletin kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *