Resepi Ubi Keledek Goreng : Rangup Krup Krup

Resepi Ubi Keledek Goreng

Resepi Ubi Keledek Goreng merupakan menu yang sering kita lihat dijual di gerai-gerai di tepi jalan. Ia sehinggakan menjadi satu bentuk perniagaan digemari disebabkan resipi makanan tersebut mudah untuk dijual. Juadah ubi keledek goreng rangup ini sedap di makan kerana rasanya yang manis dan rangup bila menggigitnya.

Proses penyediaannya pula tidaklah serumit yang dijangkakan.  Ia disebabkan, untuk membuat menu goreng hanya bergantung kepada bancuhan tepung yang dibuat serta potong dengan ukuran yang sesuai. Jika bancuhan yang dibuat di dalam sukatan yang sempurna tanpa ada sebarang bahan lebih dari sukatan asal, hasil kerak yang akan anda dapat adalah kondisi yang sempurna.

Cara masak untuk resepi di bawah juga seperti resepi goreng pisang rangup. Anda boleh juga mencuba resepi tersebut kerana proses penyediaannya seperti resepi di bawah juga. Kesedapan pisang goreng dengan rasa manis dari pisang itu, pasti membuatkan anda juga turut menyukainya.

Resepi Ubi Keledek Goreng

0 from 0 votes
Recipe by SeSudu Gula Course: BuahCuisine: MalaysiaDifficulty: Sederhana
Hidangan

5

orang
Masa Penyediaan

10

minutes
Masa Masak

10

minutes
Kalori

120

kcal

Resepi Ubi Keledek Goreng mudah & sedap. Sememangnya masakan ini tidak terlalu complicated untuk dimasak & dihidangkan bersama keluarga.

BAHAN-BAHAN

  • Ubi Keledek (Dihiris dengan potongan sesuai)

  • Tepung Beras 2 cawan

  • Tepung Jagung 1 cawan

  • Tepung Gandum ½ cawan

  • Telur 1 biji (Gred C)

  • Serbuk Kunyit ½ sudu teh

  • Air Kapur 4 sudu besar

  • Garam ½ sudu kecil

  • Mentega 1 sudu besar

  • Air 2 cawan

cara penyediaan

  • Hiriskan ubi yang hendak digoreng dengan potongan yang sesuai. Sebaiknya jangan terlalu tebal.
  • Selepas itu masukkan bahan-bahan untuk dibuat bancuhan iaitu tepung jagung, tepung beras, tepung gandum, serbuk kunyit, telur, mentega, air kapur dan juga garam ke dalam bekas bancuhan. Gaulkan kesemua bahan itu sehingga menjadi sekata.
  • Kemudian masukkan air ke dalam bekas bancuhan dan gaul. Masukkan air sedikit demi sedikit. Pastikan bancuhan tidak terlalu pekat.
  • Jika bancuhan berada di takah likatan yang sesuai, masukkan ubi yang telah dihiris tadi.
  • Panaskan minyak ke dalam kuali sehingga ia betul panas dan masukkan ubi.
  • Goreng ia sehingga adunan menjadi garing dan angkat.
  • Siap untuk dihidang.

Notes

  • Sebaiknya potongan yang sesuai untuk ubi keledek perlu dihiris dengan ketebalan yang sesuai. Tidak digalakkan menggoreng dengan potongan yang agak tebal.

Langgan Buletin

Masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan buletin kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *